Wasiat Imam Syafie

1.Belajar dan Mengajarkan Ilmu

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh"


2. Memilih Makanan Yang Halal
"Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun"

3.Memperbanyak Lima Perkara
a. Perbanyak menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
b.Perbanyak menyebut akhirat dariapda menyebut urusan dunia
c.Perbanyak menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
d. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
e.Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.


4.Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat

5.Menziarahi Orang Sakit

"Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah."

6.Hindari Perasaan Marah
"Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."










0 comments:

Post a Comment