RSS


<a href="http://testi.iluvislam.com"><img src="http://farm5.static.flickr.com/4110/4998467102_49ff20786a_o.jpg" border="0"><br /><b>Dapatkan Mesej Bergambar di Sini</b></a>

RELAKS SEKETIKA

EPISOD RUKUN NIKAH

Dalam satu sesi temu ramah dengan graduan lepasan IPTA yang hendak mendirikan rumah tangga, Tok Kadi bertanya;

Tok Kadi   : "Saudara tahukah rukun nikah ada berapa?"
Pemuda     : "Lima Ustaz, " awab pemuda ini dengan begitu confident."
Tok Kadi   : "Boleh saudara elaskan satu persatu."
Pemuda     : (Dengan lancar terus menjawab) " Mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima
                     waktu, puasa....."

Pengajaran :  Inilah akibat gara-gara membuat persediaan secara last minute. Apabila gelabah...terus
                    tersasul.
(Dipetik daripada Koleksi Kisah Ceria, Ghafarullahhudin Din)

Aceh-Menyaksikan Kebesaran Allah

Kapal yang tersadai di atas sebuah bumbung rumah di Lampulo

Masjid Baiturrahman Tidak Terjejas ketika
Tsunami

Amaran yang dipacakkan di sekitar Masjid Baiturrahman

Kapal Letrik PLTD terdampar hampir 3 kilomter daripada pelabuhan. Kini, menjadi monumen peringatan tentang kejadian tsunami

Foto yang dipamerkan di sudut memorial berhampiran dengan Kapal PLTD


Sebuah kuburan besar mangsa-mangsa tsunami

Pantai Lampuuk, antara pantai yang indah di Aceh

Sisa bangunan yang masih terdampar di sebuah pantai.


Al-Fatihah, nama-nama mangsa tsunami yang dicatat pada sebuah bilik di Muzium Tsunami

Kini, Banda Aceh antara bandar yang menjadi tumpuan pelancong

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Majlis Khatam Al-
Quran
Ustaz Mohamad Sukri Mengetuai Bacaan Al-Quran
Antara Murid Yang Terpilih Sedang Memperdengarkan Bacaan



Wasiat Imam Syafie

1.Belajar dan Mengajarkan Ilmu

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh"


2. Memilih Makanan Yang Halal
"Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun"

3.Memperbanyak Lima Perkara
a. Perbanyak menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
b.Perbanyak menyebut akhirat dariapda menyebut urusan dunia
c.Perbanyak menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
d. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
e.Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.


4.Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat

5.Menziarahi Orang Sakit

"Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah."

6.Hindari Perasaan Marah
"Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."










ADAB-ADAB PUASA RAMADAN


1. Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
2. Bersikap dermawan.
3. Bertadarus al-Quran secara konsisten.
4. Melakukan solat tarawih.
5. Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan.
6. Mengawal nafsu,mengelokkan perangai serta memelihara lidah.
7. Menggalakkan keluarga beramal soleh.
8. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi.
9. Mengejar Lailatulqadar.
10. Meninggalkan perkara yang sia-sia.







P&P Tahun Tiga :Mari Mengenal Hukum (BBM p.point)

Mari Mengenal hukum adalah salah satu bidang dalam tajuk ulum syariah pendidikan islam tahun tiga.Ia memperkenalkan  jenis-jenis hukum asas kepada murid.Penekanan tajuk pelajaran ini ialah pada pengertian hukum,menyatakan contoh-contoh bagi setiap jenis hukum dan membezakan antara setiap jenis hukum.
Klik Sini